SELAMAT DATANG KE WEBSITE RASMI FIRST STEP D ADVENTURE

FIRST STEP D'ADVENTURE

FIRST STEP D'ADVENTURE
KEM , TEAM BUILDING &TRAVEL

TENTANG KEM RIMBA TAMU

Pengenalan serba sedikit tentang Kem Rimba Tamu
Kem Rimba Tamu merupakan sebuah kem rekreasi, perkhemahan dan kem latihan milik Bumiputera yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor.

Kem Rimba Tamu juga dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi yang menghijau serta aliran sungai yang bersih dan jernih. Lokasinya yang jauh dari kesibukan bandar, bunyi bising kenderaan serta dari pencemaran menjadikan kem ini sebagai kawasan rekreasi ideal untuk mereka yang inginkan kedamaian
Di Kem Rimba Tamu, kami menawarkan pakej - pakej yang menarik dan menyeluruh. Pakej aktiviti di sini meliputi semua aktiviti lasak, 'outdoor' dan mencabar yang pastinya akan memberikan satu pengalaman yang menarik dan berguna kepada semua pengunjung kem ini.

Setiap aktiviti yang disediakan oleh Kem Rimba Tamu ini juga dijamin keselamatannya. Kami turut menyediakan barisan jurulatih - jurulatih serta kru yang mesra, terlatih dan berpengalaman bagi membantu dan mengawasi keselamatan setiap pelanggan kami.

Mengenai Saya

Foto saya
saya mempunyai kem di hulu tamu yang boleh memuatkan peserta 40 org dalam 1 masa dorm,dan 150 org peserta untuk perkhemahan.